Prinsip-Prinsip Manifesto Agile



Kami mematuhi prinsip-prinsip berikut:

Keutamaan kami adalah untuk memuaskan pelanggan
melalui penghantaran yang awal dan berterusan
kepada perisian yang bernilai.

Mengalu-alukan keperluan yang berubah, walaupun lambat
dalam pembangunan. Proses Agile memanfaatkan perubahan
demi kelebihan persaingan pelanggan.

Menyampaikan secara berterusan perisian yang boleh berfungsi, dari
beberapa minggu kepada beberapa bulan, dengan
mengutamakan masa yang lebih pendek.

Ahli-ahli perniagaan dan pembangun mestilah bekerjasama
saban hari sepanjang projek.

Membangunkan projek bersama-sama individu bermotivasi.
Memberikan mereka persekitaran dan menyokong keperluan mereka,
dan mempercayai mereka agar tugasan boleh diselesaikan.

Kaedah yang paling cekap dan berkesan dalam
menyampaikan maklumat kepada dan di dalam pasukan pembangunan
adalah secara bersemuka.

Perisian yang boleh berfungsi adalah ukuran paling utama
kepada pencapaian semasa.

Proses Agile menggalakkan pembangunan berkekalan.
Penaja, pembangun, dan pengguna haruslah boleh
mengekalkan kadar yang berterusan selama-lamanya.

Perhatian yang berterusan kepada kecemerlangan teknikal
dan rekabentuk yang baik akan mempertingkatkan kepantasan.

Keringkasan--iaitu seni kepada memaksimakan jumlah tugasan
yang belum siap--adalah satu keperluan.

Seni bina, keperluan, dan rekabentuk yang paling baik
datangnya dari pasukan yang terurus dengan sendiri.

Pada sela-sela masa tertentu, pasukan akan berbincang
bagaimana untuk menjadi lebih berkesan, kemudian ubah
dan betulkan cara kerja sewajarnya.




Kembali ke Manifesto